Salam dari kami.

Kami adalah Firma  Perunding Rekabentuk Reka dan Bina (Design and Build Consultant) yang mempunyai 20 tahun pengalaman dan kepakaran di dalam rekabentuk rumah kediaman. 

Hasil daripada pengalaman kami, dapatlah kami kongsikan idea rekabentuk kepada gambaran  lukisan yang mungkin membantu  mengambarkan rumah impian anda.

Kami juga telah memudahkan anda mencari  idea - idea awal didalam mengenalpasti jenis rumah yang anda inginkan, jumlah bilik, ruang - ruang yang terdapat didalam rumah dan akhirnya saiz dan keluasan lot tanah yang bersesuaian.
 
Lukisan pelan rumah ini dapat membantu anda juga membuat anggaran kos -kos yang terlibat berdasarkan kos / kaki persegi didalam pembinaan. 

Diatas permintaan anda,  kami juga akan cuba menghasilkan seberapa banyak banglo lagi agar berbagai pilihan dan citarasa pemilik dapat kami tunaikan. Anda boleh memilih sama ada kediaman / banglo berkonsepkan tropikal, moden, klasikal, 'english style' tradisional dan sebagainya.

Kesemua rekabentuk adalah hak cipta 'architect8.com' sepenuhnya dan sebarang kerja plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. 

Akhir sekali. rekabentuk rumah kediaman kami telah mengambil kira beberapa aspek sebagaimana berikut : -

  • Mengambil kira faktor anjakkan bangunan @ 'setback'  sebagaimana yang diperlukan oleh Pihak Perkuasa Tempatan. Pelan tapak disediakan untuk anda.
  • Mengambilkira dan melukis susun atur perabut agar kedudukan tingkap dan pintu tidak terhalang oleh susun atur dalaman anda.
  • Rekabentuk yang mengambil kira pertalian antara ruang dan kualiti ruang itu sendiri. Terdapat ruang yang perlu didekatkan umpamanya ruang tamu, halaman & ruang makan dan terdapat ruang yang perlu dijauhkan seperti ruang makan dan tandas.

copyright (c) 2010 - www.architect8.com
P e l a n   R u m a h 


 

 H o u s e    P l a n
.
online
 idea .  lakaran . bina