Banglo 025
Konsep Rekabentuk Rumah 
.
 H o u s e    P l a n
P e l a n   R u m a h


 

online
 idea .  lakaran . bina
KONSEP  REKABENTUK

1) Rumah  3 Bilik Tidur  + 1 Bilik Setor + 1 Ruangan setor kecil dalaman dan 1 setor kecil barang - barang luar (Barang perkakas laman / kereta).
* Bilik tidur boleh dijadikan 4 (sila rujuk -  option 2')

2) Terdapat 2 Pilihan rekabentuk - Pilihan no 2, bilik setor menjadi bilik utiliti yang mana keluasan boleh dijadikan bilik tidur atau bilik pembantu rumah atau bilik tamu atau bilik setor.

3) Ruang Tamu & Makan - Ruang utama sesebuah rumah mengadap lanskap (air atau pokok) serta terdapat patio untuk bersantai di waktu petang.

4) 2 Tempat letak kenderaan dan  porch' yang selesa, juga terdapat anjung/teres dibahagian hadapan sebagai pemisah porch' dan ruang tamu.

5) Anjakan bangunan 20 kaki dibahagian hadapan ( diukur dr dinding) dan 10kaki diukur dr tiang di semua sempadan.


SPESIFIKASI


* Rekabentuk Rumah Setingkat dengan tanah yang  60x 80 kaki.


* Ruang lantai ditinggikan 300 mm dari aras tanah.

* Pembinaan yang mudah - menggunakan bumbung limas dan grid dalam module'

* "Zoning' - zon yang teratur diantara ruang tetamu dan ruang bilik.


Ketinggian : 1 tingkat ( lantai ke beam'/siling 3500mm.

Saiz Lot : 60' x 80 kaki.

Kos Pembinaan :  dicadangkan RM80 - RM120 kaki persegi termasuk kesemua bahan binaan & upah  serta termasuk binaan kolam kecil lanskap.

Keluasan Rumah: 2016 kaki persegi ( termasuk keluasan luaran - porch' patio & terrace')

Ukuran Lukisan : dilukis dalam milimeter ( mm) dan kaki ( ft')




CADANGAN BAHAN BINAAN

Bumbung  : Bumbung konkrit atau bumbung tanah liat (clay tiles')

Kecerunan Bumbung  : 27darjah

Struktur : Konkrit tertulang

Dinding : Dinding bata tanah liat dengan di lepakan di dua bahagian dinding. 

Cat : ICI, Juton & Nipon dll.

Pintu  Utama - Dicadangkan Pintu Panel Padat.

Pintu Bilik : Pintu Rata berkualiti.

Pintu Ruang Tamu & Makan : Pintu Sliding' Alluminium.

Kemasan lantai : Ceramic' atau homogenious Tiles.  

Kemasan Luar : Heavy duty Homog. Tiles'.

Electrical : Permilihan berdasarkan susunatur perabut yang dicadangkan. 

Sanitary ' : Dipilih oleh klien / standard.




  • harga : RM200 @ 65USD
  • Lukisan : 1 set ( saiz A4), termasuk lukisan perspektif.
  • format: jpeg & fail pdf
  • Lukisan yang dibeli, lengkap disertakan ukuran dalam unit mm & kaki (ft).

Kos Pembinaan Semasa: 
RM 170,100./minima (100/kaki persegi). Kos termasuk kemasan lantai dan keuntungan pihak kontraktor.